Sabtu, 21 Mac 2015

9 TANDA ANDA PENGHIDAP ARTHRITIS -APA ITU ARTHRITIS?

Ramai yang tidak tahu, penyakit arthritis ni boleh menyerang sesiapa sahaja. Ianya sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas.

Apakah itu "arthritis"?
Arthritis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.

Antara sebab ianya berlaku adalah:
  • Kerosakan sendi
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit yang diwarisi
  • atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi oleh golongan dewasa adalah:

OSTEOARTHRITIS (OA)
  • Jenis yang paling lazim dihidapi
  • Disebabkan sendi yang telah haus akibat penggunaan
  • Lebih kerap berlaku dikalangan warga tua
  • Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
  • Menjadi lebih sakit dipenghujung hari
Arthtritis Rheumatoid (RA)
  • Lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita
  • Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
  • Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
  • Kekejangan mengambil masa lebih dari 30 minit untuk reda pada waktu pagi.
  • Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
  • Arthritis ini disebabkan infeksi kuman
  • Anda selalunya akan demam dan menggigil
  • Selalunya menyerang satu sendi sahaja

Gout
  • Lazimnya menyerang lelaki pertengahan umur
  • Disebabkan asid urik yang mendap di sendi-sendi
  • Lazimnya menyerang pangkal ibu jari

Apakah tanda-tanda anda penghidap Arthritis?

1.Mengalami sakit sendi - tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah.
2. Sendi bengkak
3. Kekejangan Sendi
4. Susah untuk bergerak seperti biasa
5. Sakit apabila bergerak
6. Perubahan kepada sendi
7. Lutut berbunyi bagi pesakit osteoarthritis lutut
8. Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut
9. Sakit bila sekeliling sendi ditekan

Apakah faktor yang mungkin menambahkan risiko Arthritis
    • Peningkatan usia
    • Badan terlalu gemuk - bagi penyakit osteoarthritis lutut
    • Jika ada ahli keluarga yang menghidap arthritis- terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout "familial" 
    • Sendi yang terlebih fleksible (hypermobile joints)
    • Kecederaan berat contohnya ketika bersukan
    • Kerap mencangkung (bagi pesakit osteoarthritis lutut)
    • Perkerjaan yang berisiko: 
    > Pekerja Buruh : Osteoarthritis lutut
    > Peladang : Osteoarthritis punggung
    > Kerja yang terdedah kepada aktiviti lasak

    Cara Rawatan :
    Rawatan boleh menggunakkan ubat-ubatan dan bukan ubat-ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi. Namun sekiranya penyakit sudah ke tahap kronik, pembedahan adalah jalan penyelesaian terakhir. Pendehan ini memakan kos yang tinggi. 

    Saranan saya juga, berhati-hati dengan sebarang pengambilan ubat-ubatan. Sesetengahnya juga hanya mengurangkan kesakitan dalam jangkamasa pendek sahaja. Pastikan anda memilih ubat-ubatan yang bebas dadah dan diketahui campuran bahan-bahannya.

    Klik : Penyelesaian Masalah Sendi
    Untuk info lanjut tentang produk ini. Kesannya boleh dilihat seawal 5 hari.

     

    Lihat juga , bagaimana ibu ini mengatasi sakit belakang dan lenguh-lenguh badan


    Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.

     Apakah Cara Pencegahan?
    • Kurangkan berat badan anda - Ianya membantu mengurangkan tekanan pada sendi
    • Kerapkan bersenam - bersenam akan membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ianya juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat, senaman, dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam sekiranya mengalami kesakitan.
    • Makan makanan yang seimbang - Elakkan dari memakan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut dan daging sekiranya anda penghidap gout.
    • Pelihara sendi anda, kurangkan tekanan padanya, gunakan postur badan yang betul. Ambil berat sekiranya sakit dan pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

    BERSIKAP POSITIFLAH!!

    Walaupun arthritis adalah sebab uma kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas, ianya boleh dirawat dan risiko pembedahan  boleh dielak sekiranya anda positif dengan cara hidup anda, dan mula melakukan pencegahan awal seperti mengambil supplement yang bersesuaian.

    Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.
    Anda juga boleh menjadi ahli Arthritis Foundation Malaysia @ Persatuan SLE Malaysia.


    *sumber :myhealth.gov.my-

     ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Hubungi saya untuk mendapat penyelesaian masalah sendi & tulang anda. #Hiduplah dengan sihat tanpa ubat-ubatan.

    #Live healtheir without drugs


    Ayu

    019-4110544

    sms|wassup |emel : greatteacherayuni@gmail.com

    Tiada ulasan: